Isnin, 16 Mac 2009

Cepat sensitif??? Baca ni....

salam again tuk hari ni...hehe...

huhu...upe2nye kn...smlm...de org mrh2 ak...ktanye ak ni mengalutkn keadaan...kecian ak...huhu...

sedih...mcm badut ni...

ni nk sharing2 le skit....sebab de org kata sharing is caring...hua3...

ni panduan buat org2 yg snsitif mcm ak ni...huhu...

Ingatkan diri.

Perlu beritahu diri anda sendiri supaya berfikir positif selalu. Bila Anda layan rasa kecil hati lama-lama di fikiran, itu maknanya anda dah dirasuk emosi-emosi negatif. Ketika itu berbagai emosi negatif timbul. Paling senang, marah. Kesan? Bergaduh.

Serap teguran.
Jika anda ditegur, dimarah atau disindir, itu maknanya ada sikap atau perbuatan Anda tak disukai walaupun anda rasa selesa dengan sikap sekarang ini. Kena kaji suasana, kena ubah ikut kesesuaian di mana anda berada. Tandanya, akhlak masih ada yang belum OK.

Niat.
Ketika anda ada bersama orang lain yang tak pernah anda jumpa atau yang anda tak berapa senang, letak niat di hati anda mahu berbaik dengan orang tu.

Sebab, apa yang ada di hati, akan segera ditangkap oleh minda. Lalu, minda menerbitkan gelombang tenaga yang akan bergetar lalu meresap masuk ke minda orang lain di sekeliling anda. Proses ini berlaku sekelip mata, bahkan sepanjang masa, selagi anda masih bernafas.

Bila dah masuk, serta merta ia akan ditafsir lalu turun ke hati mereka pula. Hati mempengaruhi sikap. Sikap melambangkan hati. Inilah penerangan tentang kuasa niat dan bagaimana ia berfungsi.

Bila niat baik, maka baiklah kita dengan orang tu. Mudah dia senang dengan kita, jadi kurang dia nak menyindir, marah-marah atau yang menyebabkan kita kecil hati. Mencegah lebih baik dari mengubat.

Maafkan, lupakan, teruskan.

Jika anda rasa kecil hati, marah atau geram, usah di simpan lama-lama.

Maafkan saja. Lepas tu, lupakan. Kemudian, terus memajukan diri dalam pelajaran, kerjaya, keluarga, perniagaan. Sebab, suka layan rasa kecil hati hanya perbuatan membuang masa.

Dapat sume...harap2 sharing2 mcm ni dpt memberi kita ruang untuk berubah ke arah lebih baik....yang baik kta jdkn tauladan...yg kureng tu kta jdkn sempadan...tq....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan